Friday, May 15, 2009

Peluang Burung Walit / Layang - layang



Ringkasan burung walit...


Burung walit atau burung layang layang di dalam Bahasa Melayu , terkenal dengan kelebihan sarang air liurnya yang dikatakan memberi sebab atau kesan yang baik kepada kesihatan.Pasaran eksport yang tinggi oleh negara seperti China , Jepun , Korea, Taiwan ,dan Singapura.Ia juga menjadi rebutan pasaran Timur Tengah Seperti Dubai, Saudi Arabia, serta mendapat permintaan yang tinggi oleh Amerika Syarikat.Ini menjadikan harga sarang burung ini sentiasa berada pada tahap yang tinggi.






Kelebihan ini juga membuatkan sarang burung walit menjadi sarang burung yang termahal dan terkenal untuk diperdagangkan di seluruh dunia.Harga pasaran walit pada suatu ketika dulu hampir mencecah sehingga Rm 5ooo -Rm 6000 sekilogram . Namun pada masa kini , meskipun jumlah pengeluaran sarang burung kini berlipat kali ganda, harganya masih lagi disekitar
Rm 3000 - Rm 4000 se kilogram.( belum diproses)




Sarang burung walit kini melalui proses pengeluaran yang mudah dan berteknologi tinggi.Ia tidak memerlukan pekerja yang banyak serta menggunakan modal yang minima apabila rumah burung walit sudah dapat menghasilkan sarang burung.




Negara Malaysia , khususnya kawasan utara semenanjung, Perak, P.Pinang, Kedah dan Perlis adalah lubuk atau kawasan tumpuan burung walit di negara.Ini kerana burung burung ini telah berhijrah daripada kawasan sumatera Indonesia , pada sekitar akhir tahun 80 an dan awal 90 an akibat daripada pembakaran hutan yang berleluasa ( jerebu) .Untuk makluman, Indonesia merupakan negara pengeluar sarang burung walit terbesar dunia.




Selain daripada itu , utara semenanjung Malaysia juga seolah olahnya dihujani oleh burung walit selepas daripada bencana Tsunami di Indonesia, pada tahun 2004.




Kini, boleh dikatakan hampir kebanyakan tempat atau kawasan di utara semenanjung tanahair boleh dilihat burung walit jenis aerodamus maximus ataupun burung layang layang gua.Kawasan kawasan yang berpotensi untuk penghasilan sarang burung walit tidak lagi dibiarkan , malahan disesetengah tempat dapat dilihat melebihi 10 buah rumah burung yang dibina berdekatan.



Oleh itu, peluang untuk menghasilkan burung walit pada masa kini adalah bertepatan dengan saranan kerajaan untuk menambah nilai pengunaan tempat atau tanah oleh petani .Juga disebabkan kos pembinaan yang menurun pada kala setahun ini, pembinaan rumah walit adalah wajar dan berbaloi.




Seperti yang diketahui, setelah burung walit mendiami dan membuat sarang di satu satu rumah burung, maka ia akan berkembang hampir sekali ganda atau lebih setiap tahun dan menghasilkan pendapatan bagi pemilik rumah secara berpanjangan sehingga ada pemilik rumah burung yang menikmati pendapatan sehingga 50 tahun atau lebih.oleh itu, pengusahaan sarang brung walit ini, adalah satu pelaburan yang diketahui umum akan mengasilkan pendapatan yang

lumayan dari semasa ke semasa.



( Oleh kerana ini adalah ringkasan tentang burung walit, maka saya tidak dapat menceritakan kesemua maklumat mengenainya kepada anda.Anda boleh mendapat maklumat burung walit dengan lengkap di dalam forum forum atau di dalam laman web. ).

Gambar berikut adalah pemandangan biasa pada waktu pagi (11.00 pagi) dan pada masa ini TIADA pretest suara burung yang dibuat.Meskipun begitu, masih tetap kelihatan burung burung ini berkeliaran .



Sila klik untuk melihat populasi burung dengan lebih jelas, -



























____________________________________________________


Berikut pula adalah beberapa contoh video yang diambil di tempat yang berpotensi untuk di jadikan rumah walet.




Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang membina rumah burung layang - layang tempat ini hubungi,


, email : silsmoke@yahoo.com atau tel 0143000612 - isma


-Segala urusan surat menyurat adalah rasmi dan sah ,

-Peluang ini adalah untuk semua kaum didalam atau luar negara ,


sekian , harap maklum